Skip to main content

Cara transfer Petron Miles point dari kad lama kepada kad baharu.

Terdapat beberapa situasi yang memerlukan kita untuk transfer point antaranya kad lama dah expired dan tak dapat digunakan lagi.

Takkan nak biar point dalam kad lama burn macam tu je. Rugilah. Jadi dibawah adalah cara untuk selamatkan point anda.

1. Pergi ke mana-mana stesen minyak Petron.

2. Tanya dekat cashier stesen minyak dorang ada tak stok kad baru. Kalau ada, minta sekali untuk isi Customer Request Form.

3. Isi semua butiran dalam borang. Pastikan anda tick petak Point Transfer dan make sure nombor kad lama dan baru diisikan dengan betul.

4. Ambil gambar borang dan emelkan kepada Petron. Alamat email petron boleh didapati didalam borang.

5. Selang beberapa hari anda akan lihat point telah berjaya dipindahkan.


Nota: Kalau stesen Petron tu tiada stok kad baru, anda perlu ke stesen minyak lain untuk dapatkan kad baru bagi tujuan transfer point.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buka Akaun RHB

Membuka akaun bank tidaklah susah. Hanya beberapa steps sahaja. Didalam  post ini saya akan kongsikan cara-cara buka akaun RHB. 1. Pergi ke mana-mana cawangan bank berdekatan. 2. Isi form untuk buka akaun dan serahkan kepada pegawai bank untuk diproses. 3. Pegawai bank akan bagi sehelai kertas yang tertera nombor akaun anda. Anda perlu deposit RM100 ke dalam akaun anda menggunakan cash deposit machine. 4. Ambil nombor giliran untuk buat kad bank . Pilih menu Others ketika ambil nombor. Bawakan dokumen semasa pendaftaran dan berikan kepada pegawai dikaunter. 5. Setelah kad siap, pegawai akan minta anda set 6 digit pin number untuk kad tersebut.  6. Kemudian, anda perlu pergi lagi sekali ke mesin ATM untuk set handphone number . Pilih menu One Time Password (OTP) dan  key in nombor  phone yang betul. 6. Anda juga akan diminta untuk buat akaun online banking pada hari yang sama. Jangan risau, pegawai bank yang bertugas akan membantu anda. Siap! Nota...

Cara buat Pasport Malaysia Antarabangsa

Persiapan sebelum datang ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) 1. Individu pemohon 2. IC original 3. Salinan IC 4. Ukuran tinggi. (Kalau tak ingat boleh ukur tinggi di JIM) 5. Berbaju gelap. Bagi perempuan dinasihatkan juga untuk bertudung gelap  6. Datang awal Ketika di JIM 1. Scan QR code yang terdapat pada banner bermula jam 8:00 pagi dan isi maklumat pemohon untuk dapatkan nombor tempahan.  2. Hadir ke Kaunter Nombor dan tunjuk nombor tempahan tadi.  3. Pegawai akan bagi nombor giliran berdasarkan nombor tempahan tadi. 4. Apabila nombor giliran dipanggil, anda akan dapat notification di phone. 5. Datang ke Kaunter Imigresen dan serahkan ic original serta salinan ic. Ambil cap jari kiri dan kanan. Bagi maklumat diri termasuk ukuran tinggi. Ambil gambar di kaunter. Selesai. 6. Tunggu nombor giliran yang sama untuk buat pembayaran sebanyak RM200 menggunakan kad debit/ kredit di Kaunter Bayaran . ...

Cara Buka Akaun Tabung Haji Anak

Berikut adalah langkah-langkah pembukaan akaun Tabung Haji anak. 1. Isi butiran di dalam aplikasi THiJARI . Login > Akaun Kanak-kanak > Pembukaan Akaun Kanak-Kanak 2. Hadir ke cawangan Tabung Haji berdekatan. Sila bawa:  i.  Wang tunai minimum RM10   ii. MyKad ibu/bapa iii. MyKid anak iv. Sijil lahir anak Isi borang yang diberi pegawai di kaunter pertanyaan. 3. Ambil nombor giliran bagi berjumpa pegawai di kaunter untuk tujuan pengesahan. Siap! Nota: Harus diingat bahawa pembukaan akaun Tabung Haji bukanlah bermaksud telah mendaftar haji . Bagi mendaftar haji, baki akaun Tabung Haji perlulah ada sekurang-kurangnya RM1300.