Berikut adalah langkah-langkah pembukaan akaun Tabung Haji anak.
1. Isi butiran di dalam aplikasi THiJARI.
Login > Akaun Kanak-kanak > Pembukaan Akaun Kanak-Kanak
2. Hadir ke cawangan Tabung Haji berdekatan. Sila bawa:
i. Wang tunai minimum RM10
ii. MyKad ibu/bapa
iii. MyKid anak
iv. Sijil lahir anak
Isi borang yang diberi pegawai di kaunter pertanyaan.
3. Ambil nombor giliran bagi berjumpa pegawai di kaunter untuk tujuan pengesahan.
Siap!
Nota: Harus diingat bahawa pembukaan akaun Tabung Haji bukanlah bermaksud telah mendaftar haji. Bagi mendaftar haji, baki akaun Tabung Haji perlulah ada sekurang-kurangnya RM1300.
Comments
Post a Comment