Skip to main content

Cara Buka Akaun RHB

Membuka akaun bank tidaklah susah. Hanya beberapa steps sahaja. Didalam post ini saya akan kongsikan cara-cara buka akaun RHB.

1. Pergi ke mana-mana cawangan bank berdekatan.

2. Isi form untuk buka akaun dan serahkan kepada pegawai bank untuk diproses.

3. Pegawai bank akan bagi sehelai kertas yang tertera nombor akaun anda. Anda perlu deposit RM100 ke dalam akaun anda menggunakan cash deposit machine.

4. Ambil nombor giliran untuk buat kad bank. Pilih menu Others ketika ambil nombor. Bawakan dokumen semasa pendaftaran dan berikan kepada pegawai dikaunter.

5. Setelah kad siap, pegawai akan minta anda set 6 digit pin number untuk kad tersebut. 

6. Kemudian, anda perlu pergi lagi sekali ke mesin ATM untuk set handphone number. Pilih menu One Time Password (OTP) dan key in nombor phone yang betul.

6. Anda juga akan diminta untuk buat akaun online banking pada hari yang sama. Jangan risau, pegawai bank yang bertugas akan membantu anda.

Siap!

Nota: 
Datang awal pagi kerana bank ni sentiasa ramai orang.

Jika anda ingin buka akaun kerana membuat pinjaman perumahan. Jangan lupa bawa offer letter

Anda boleh dapatkan offer letter daripada cawangan bank yang meluluskan loan rumah anda. 

Biasanya, pegawai bank akan bagi terus pada REN/Agent. Kemudian REN akan bagi kepada anda untuk anda buka akaun bank.

Comments

  1. Orng asing boleh buka account Rhb x

    ReplyDelete
  2. Apa dokumen yg perlu selain ic dan rm100 tu? kene ada salinan surat branak tak?

    ReplyDelete
  3. kenapa saya pegawai rhb mintak 1k nak bukak akaun ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenis akaun berlainan lain jumlah depositnya.
      RHB Smart Account/-i: RM1,000
      MaxSave Account: RM200
      Savings-i Account : RM100
      Bonus Savers Account: RM500
      Basic Savings Account: RM20
      Basic Saving Account/-i : RM20

      Delete
  4. Utk remaja bawah umur 18..apakah syarat utk buka akaun di rhb

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu/bapa atau penjaga kena datang bersama.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara transfer Petron Miles point dari kad lama kepada kad baharu.

Terdapat beberapa situasi yang memerlukan kita untuk transfer point antaranya kad lama dah expired dan tak dapat digunakan lagi. Takkan nak biar point dalam kad lama burn macam tu je. Rugilah. Jadi dibawah adalah cara untuk selamatkan point anda. 1. Pergi ke mana-mana stesen minyak Petron. 2. Tanya dekat cashier stesen minyak dorang ada tak stok kad baru. Kalau ada, minta sekali untuk isi Customer Request Form . 3. Isi semua butiran dalam borang. Pastikan anda tick petak Point Transfer dan make sure nombor kad lama dan baru diisikan dengan betul. 4. Ambil gambar borang dan emelkan kepada Petron. Alamat email petron boleh didapati didalam borang. 5. Selang beberapa hari anda akan lihat point telah berjaya dipindahkan. Nota: Kalau stesen Petron tu tiada stok kad baru, anda perlu ke stesen minyak lain untuk dapatkan kad baru bagi tujuan transfer point.

Lalamove: Cara pantas menjana side income

Lalamove merupakan satu platform yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan sampingan secara pantas. Hanya perlukan sekurang-kurangnya sebuah motorsikal, anda sudah boleh mendaftar dengan Lalamove untuk menjadi rider penghantar barangan. Bagi rider , anda perlu mengeluarkan modal sebanyak RM78 ketika pendaftaran. RM5 adalah untuk security deposit dan RM73 bagi mendapatkan beg Lalamove.  Kelebihan Lalamove adalah anda boleh memilih job yang anda inginkan. Namun harus diingat bahawa anda perlu pantas untuk mendapatkan job tersebut sebelum disambar oleh orang lain.  Secara purata boleh dikatakan anda akan memperoleh 78% daripada sesuatu job . Sebagai contoh, jika job tersebut bernilai RM20, anda akan mendapat RM15.60 dan selebihnya akan diambil Lalamove.  Anda boleh transfer duit didalam wallet Lalamove terus ke bank akaun anda. Duit tersebut akan masuk ke akaun anda pada setiap hari Isnin dan Kham...