Tiba-tiba saya craving nak makan burger. Teringat yang kawan saya pernah cakap burger Woodfire sedap. Jadi saya plan dengan family untuk ke sana selepas maghrib.
Bila sampai je disana orang masih sedikit. So takde masalah nak pilih meja mana dan terus ke kaunter untuk order.
Ini yang kami order:
1. Brisket Burger Beef
2. Chocolate Milkshake
3. Biscoff Milkshake
4. Curly Fries
5. Nugget & Fries
Brisket Burger Beef tu adalah antara dua signature burger Woodfire. Kami order Nugget & Fries sebab sesuai untuk kanak-kanak
Total tak sampai RM100 pun. Boleh tengok gambar resit ni. Tak silap saya Brisket Burger Beef je harga RM30 lebih. Burger lain sekitar RM20.
Overall, saya sangat berpuas hati dengan kualiti makanan disini. Selain makanan yang sedap, kedai dan tandas pun bersih. Surau juga turut disediakan.
Jadi anda yang nak try makan di Woodfire sangatlah dialukan. Boleh ajak family dan juga kawan datang makan disini.
Comments
Post a Comment