Biasanya LHDN bayar balik kepada kita sebab ade lebihan bayaran cukai.
Tapi untuk kes ni, kita dah bayar cukai tapi masih tak cukup. Bila isi e-filing ada lagi baki cukai yang perlu dibayar.
So disini saya akan kongsikan bagaimana untuk bayar secara online.
1. Pergi ke link ini.
Terdapat 2 pilihan bayaran:
i. Bayaran Melalui FPX
ii.Bayaran Melalui Kad Kredit
Dalam post ini kita akan guna FPX. Klik pilihan (i).
Isi maklumat pengenalan dan tekan Submit button.
Anda akan terus dibawa ke Maklumat Bayaran. Nama dan No. Rujukan Cukai akan terpapar secara automatik.
Kod 084 = bayaran baki cukai secara lump sum.
Bilangan ansuran 99 = jika buat bayaran tanpa ansuran / lump sum
Kalau nak bayar secara ansuran, perlu jumpa pegawai LHDN. Mereka yang akan tentukan berapa lama kita perlu bayar. Bukan suka-suka kita nak bayar ikut ansuran sendiri.
Tekan Hantar. Paparan seterusnya akan memaparkan kesemua maklumat sebelum kita buat pembayaran. Klik Teruskan.
Pilih bank individu dan masukkan emel. Klik Proceed.
Isi semua butir perbankan anda dan buat pembayaran. Selamat membayar cukai😁
Comments
Post a Comment