Skip to main content

Polish kereta hanya RM2.10

Ya betul.

Hanya RM2.10

Entah macam mane ada calar dibahagian pintu belakang kereta.

Takkan nak pergi kedai polish. Calarnya sket je. 

Google2 jumpelah pilihan yang paling murah.

Super 8 Car Wax

Boleh beli di Eco Shop.

Letak pada kain bersih dan sapu sehingga kesan calar hilang.

Siap.

Comments

Popular posts from this blog

Emas simpanan kalis inflasi

Saya mendaftar untuk menyimpan emas pada tahun 2017 tapi mula serius menyimpan emas sekitar tahun 2019.  Tak silap saya, harga pada tahun 2017 adalah lebih kurang RM160/g.  Pada tahun 2019, harga emas sudah melonjak kepada RM200/g. Tak percaya? Tengok gambar pembelian saya bawah ni. Bila tengok harga dah semakin naik, terdetik sedikit rasa penyesalan. Jadi, saya pun mulalah konsisten menyimpan. Orang kata "sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Secara jujurnya saya juga ada rasa putus asa menyimpan emas. Yelah, emas ni ambil masa yang agak lama untuk naik harga. Ada masa saya stop kejap kemudian sambung semula.  Dipendekkan cerita pada tahun 2024, harga dah mencecah RM400/g. Resit dibawah ni harga saya beli pada 28 November 2024.  Pada ketika blog ini ditulis, harga meningkat lagi kepada RM580/g dan saya yakin ia akan terus meningkat dari masa ke semasa. Jadi, buat anda diluar sana yang masih ragu-ragu dan bertangguh dalam menyimpan emas. Mulalah sekarang. Masa tidak aka...

Cara Buka Akaun RHB

Membuka akaun bank tidaklah susah. Hanya beberapa steps sahaja. Didalam  post ini saya akan kongsikan cara-cara buka akaun RHB. 1. Pergi ke mana-mana cawangan bank berdekatan. 2. Isi form untuk buka akaun dan serahkan kepada pegawai bank untuk diproses. 3. Pegawai bank akan bagi sehelai kertas yang tertera nombor akaun anda. Anda perlu deposit RM100 ke dalam akaun anda menggunakan cash deposit machine. 4. Ambil nombor giliran untuk buat kad bank . Pilih menu Others ketika ambil nombor. Bawakan dokumen semasa pendaftaran dan berikan kepada pegawai dikaunter. 5. Setelah kad siap, pegawai akan minta anda set 6 digit pin number untuk kad tersebut.  6. Kemudian, anda perlu pergi lagi sekali ke mesin ATM untuk set handphone number . Pilih menu One Time Password (OTP) dan  key in nombor  phone yang betul. 6. Anda juga akan diminta untuk buat akaun online banking pada hari yang sama. Jangan risau, pegawai bank yang bertugas akan membantu anda. Siap! Nota...

Cara transfer Petron Miles point dari kad lama kepada kad baharu.

Terdapat beberapa situasi yang memerlukan kita untuk transfer point antaranya kad lama dah expired dan tak dapat digunakan lagi. Takkan nak biar point dalam kad lama burn macam tu je. Rugilah. Jadi dibawah adalah cara untuk selamatkan point anda. 1. Pergi ke mana-mana stesen minyak Petron. 2. Tanya dekat cashier stesen minyak dorang ada tak stok kad baru. Kalau ada, minta sekali untuk isi Customer Request Form . 3. Isi semua butiran dalam borang. Pastikan anda tick petak Point Transfer dan make sure nombor kad lama dan baru diisikan dengan betul. 4. Ambil gambar borang dan emelkan kepada Petron. Alamat email petron boleh didapati didalam borang. 5. Selang beberapa hari anda akan lihat point telah berjaya dipindahkan. Nota: Kalau stesen Petron tu tiada stok kad baru, anda perlu ke stesen minyak lain untuk dapatkan kad baru bagi tujuan transfer point.