Skip to main content

Cara Kira Bayaran Bulanan Kereta

Bila kita nak beli kereta, salah satu perkara yang akan kita titik beratkan adalah bayaran bulanan.



Disini saya akan kongsikan formula untuk mengetahui berapa bayaran bulanan berdasarkan harga kereta.

Contohnya
Harga kereta: RM39800
Interest: 3.4%
Tempoh pinjaman: 9 tahun

1. Harga kereta x Interest
RM39800 x 3.4%
= rm1353.20

2. Harga interest x Tempoh pinjaman
rm1353.20 x 9 tahun
= rm12178.80

3. Harga kereta + Interest untuk 9 tahun
39800 + 12178.80
= rm51978.80

4. Harga kereta dengan interest / 9 tahun (bulan)
51978.80 / 108 month
= rm481.29
= RM481.30/month

Jadi, bayaran bulanan anda adalah RM481.30

Selamat mengira!

Comments

Popular posts from this blog

Cara bayar baki cukai LHDN secara online

Biasanya LHDN bayar balik kepada kita sebab ade lebihan bayaran cukai.  Tapi untuk kes ni, kita dah bayar cukai tapi masih tak cukup. Bila isi e-filing ada lagi baki cukai yang perlu dibayar. So disini saya akan kongsikan bagaimana untuk bayar secara online. 1. Pergi ke link ini. https://byrhasil.hasil.gov.my/ Terdapat 2 pilihan bayaran: i. Bayaran Melalui FPX ii.Bayaran Melalui Kad Kredit Dalam post ini kita akan guna FPX. Klik pilihan (i). Isi maklumat pengenalan dan tekan Submit button. Anda akan terus dibawa ke Maklumat Bayaran. Nama dan No. Rujukan Cukai akan terpapar secara automatik. Kod 084 = bayaran baki cukai secara lump sum. Bilangan ansuran 99 = jika buat bayaran tanpa ansuran / lump sum Kalau nak bayar secara ansuran, perlu jumpa pegawai LHDN. Mereka yang akan tentukan berapa lama kita perlu bayar. Bukan suka-suka kita nak bayar ikut ansuran sendiri. Tekan Hantar. Paparan seterusnya akan memaparkan kesemua maklumat sebelum kita buat ...

Cara transfer Petron Miles point dari kad lama kepada kad baharu.

Terdapat beberapa situasi yang memerlukan kita untuk transfer point antaranya kad lama dah expired dan tak dapat digunakan lagi. Takkan nak biar point dalam kad lama burn macam tu je. Rugilah. Jadi dibawah adalah cara untuk selamatkan point anda. 1. Pergi ke mana-mana stesen minyak Petron. 2. Tanya dekat cashier stesen minyak dorang ada tak stok kad baru. Kalau ada, minta sekali untuk isi Customer Request Form . 3. Isi semua butiran dalam borang. Pastikan anda tick petak Point Transfer dan make sure nombor kad lama dan baru diisikan dengan betul. 4. Ambil gambar borang dan emelkan kepada Petron. Alamat email petron boleh didapati didalam borang. 5. Selang beberapa hari anda akan lihat point telah berjaya dipindahkan. Nota: Kalau stesen Petron tu tiada stok kad baru, anda perlu ke stesen minyak lain untuk dapatkan kad baru bagi tujuan transfer point.

Cara Buka Akaun RHB

Membuka akaun bank tidaklah susah. Hanya beberapa steps sahaja. Didalam  post ini saya akan kongsikan cara-cara buka akaun RHB. 1. Pergi ke mana-mana cawangan bank berdekatan. 2. Isi form untuk buka akaun dan serahkan kepada pegawai bank untuk diproses. 3. Pegawai bank akan bagi sehelai kertas yang tertera nombor akaun anda. Anda perlu deposit RM100 ke dalam akaun anda menggunakan cash deposit machine. 4. Ambil nombor giliran untuk buat kad bank . Pilih menu Others ketika ambil nombor. Bawakan dokumen semasa pendaftaran dan berikan kepada pegawai dikaunter. 5. Setelah kad siap, pegawai akan minta anda set 6 digit pin number untuk kad tersebut.  6. Kemudian, anda perlu pergi lagi sekali ke mesin ATM untuk set handphone number . Pilih menu One Time Password (OTP) dan  key in nombor  phone yang betul. 6. Anda juga akan diminta untuk buat akaun online banking pada hari yang sama. Jangan risau, pegawai bank yang bertugas akan membantu anda. Siap! Nota...