Skip to main content

Renew roadtax kenderaan dengan cara yang lebih jimat

Seringkali kita pergi ke mana-mana cawangan insuran ataupun berurusan dengan agen untuk renew roadtax.

Ade manfaatnya kalau guna cara ni. Semuanya agen yang uruskan. Sekarang just boleh whatsapp agen, bagi detail, bayar dan tunggu roadtax dihantar ke rumah.

Tapi, kalau anda nak cara yang jimat. Rasanya dalam Rm50 - Rm60 jugak la jimat. Silap haribulan beratus boleh jimat.

Begini caranya.

Contohnya anda nak renew kenderaan dengan Etiqa Insurance. Just pergi ke website Etiqa.

https://www.etiqa.com.my/v2/homepage



Tekan "Car" jika ingin renew insuran kereta.

Boleh pilih sama ada nak "Motor Takaful" atau "Motor Insurance".

Motor Takaful, boleh dapat cashback kalau tak buat claim sepanjang tahun tu. Dapat pulak 10% diskaun sebab renew online. Shariah Compliance pulak tu.

Tekan Motor Takaful.

Masukkan details berikut.

Tekan "Get A Quote".

Details insuran kereta anda akan dipaparkan. Atas sekali adalah value  kereta yang akan insuran cover. Kita boleh naikkan ataupun turunkan value kereta.

Boleh juga nak add on perlindungan lain seperti windscreen, natural disaster dan banyak lagi.

Sistem akan auto calculate insuran yang perlu dibayar apabila kita buat perubahan pada jenis perlindungan kereta.

Bila dah puas hati dengan perlindungan yang kita nak. Boleh buat pembayaran online.

Sistem akan emailkan kepada kita Cover Note beserta dokumen lain.

Sistem juga akan minta nombor bank akaun bertujuan untuk bagi cashback kalau kita tidak pernah claim insuran sepanjang tahun tu.

Cuma, kalau nak roadtax. Kena pergi JPJ. Dulu kena ambil nombor. Sekarang JPJ dah ade mesin untuk print roadtax.
 
Even kalau tunggu nombor giliran untuk jumpa pegawai JPJ pun, tak perlu dah print dan bawak cover note yang kita dapat daripada emel tadi. Just bagi nombor plate kereta je. Asalkan kita dah bayar insuran. Nak cerita panjang dalam post yang lain lah ye.

Note: lepas ni nak letak banyak gambar sket dalam post ni. Gambar takde pulak.

Comments

Popular posts from this blog

Cara bayar baki cukai LHDN secara online

Biasanya LHDN bayar balik kepada kita sebab ade lebihan bayaran cukai.  Tapi untuk kes ni, kita dah bayar cukai tapi masih tak cukup. Bila isi e-filing ada lagi baki cukai yang perlu dibayar. So disini saya akan kongsikan bagaimana untuk bayar secara online. 1. Pergi ke link ini. https://byrhasil.hasil.gov.my/ Terdapat 2 pilihan bayaran: i. Bayaran Melalui FPX ii.Bayaran Melalui Kad Kredit Dalam post ini kita akan guna FPX. Klik pilihan (i). Isi maklumat pengenalan dan tekan Submit button. Anda akan terus dibawa ke Maklumat Bayaran. Nama dan No. Rujukan Cukai akan terpapar secara automatik. Kod 084 = bayaran baki cukai secara lump sum. Bilangan ansuran 99 = jika buat bayaran tanpa ansuran / lump sum Kalau nak bayar secara ansuran, perlu jumpa pegawai LHDN. Mereka yang akan tentukan berapa lama kita perlu bayar. Bukan suka-suka kita nak bayar ikut ansuran sendiri. Tekan Hantar. Paparan seterusnya akan memaparkan kesemua maklumat sebelum kita buat ...

Cara transfer Petron Miles point dari kad lama kepada kad baharu.

Terdapat beberapa situasi yang memerlukan kita untuk transfer point antaranya kad lama dah expired dan tak dapat digunakan lagi. Takkan nak biar point dalam kad lama burn macam tu je. Rugilah. Jadi dibawah adalah cara untuk selamatkan point anda. 1. Pergi ke mana-mana stesen minyak Petron. 2. Tanya dekat cashier stesen minyak dorang ada tak stok kad baru. Kalau ada, minta sekali untuk isi Customer Request Form . 3. Isi semua butiran dalam borang. Pastikan anda tick petak Point Transfer dan make sure nombor kad lama dan baru diisikan dengan betul. 4. Ambil gambar borang dan emelkan kepada Petron. Alamat email petron boleh didapati didalam borang. 5. Selang beberapa hari anda akan lihat point telah berjaya dipindahkan. Nota: Kalau stesen Petron tu tiada stok kad baru, anda perlu ke stesen minyak lain untuk dapatkan kad baru bagi tujuan transfer point.

Emas simpanan kalis inflasi

Saya mendaftar untuk menyimpan emas pada tahun 2017 tapi mula serius menyimpan emas sekitar tahun 2019.  Tak silap saya, harga pada tahun 2017 adalah lebih kurang RM160/g.  Pada tahun 2019, harga emas sudah melonjak kepada RM200/g. Tak percaya? Tengok gambar pembelian saya bawah ni. Bila tengok harga dah semakin naik, terdetik sedikit rasa penyesalan. Jadi, saya pun mulalah konsisten menyimpan. Orang kata "sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Secara jujurnya saya juga ada rasa putus asa menyimpan emas. Yelah, emas ni ambil masa yang agak lama untuk naik harga. Ada masa saya stop kejap kemudian sambung semula.  Dipendekkan cerita pada tahun 2024, harga dah mencecah RM400/g. Resit dibawah ni harga saya beli pada 28 November 2024.  Pada ketika blog ini ditulis, harga meningkat lagi kepada RM580/g dan saya yakin ia akan terus meningkat dari masa ke semasa. Jadi, buat anda diluar sana yang masih ragu-ragu dan bertangguh dalam menyimpan emas. Mulalah sekarang. Masa tidak aka...