Berikut adalah langkah-langkah pembukaan akaun Tabung Haji anak. 1. Isi butiran di dalam aplikasi THiJARI . Login > Akaun Kanak-kanak > Pembukaan Akaun Kanak-Kanak 2. Hadir ke cawangan Tabung Haji berdekatan. Sila bawa: i. Wang tunai minimum RM10 ii. MyKad ibu/bapa iii. MyKid anak iv. Sijil lahir anak Isi borang yang diberi pegawai di kaunter pertanyaan. 3. Ambil nombor giliran bagi berjumpa pegawai di kaunter untuk tujuan pengesahan. Siap! Nota: Harus diingat bahawa pembukaan akaun Tabung Haji bukanlah bermaksud telah mendaftar haji . Bagi mendaftar haji, baki akaun Tabung Haji perlulah ada sekurang-kurangnya RM1300.
Persiapan sebelum datang ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) 1. Individu pemohon 2. IC original 3. Salinan IC 4. Ukuran tinggi. (Kalau tak ingat boleh ukur tinggi di JIM) 5. Berbaju gelap. Bagi perempuan dinasihatkan juga untuk bertudung gelap 6. Datang awal Ketika di JIM 1. Scan QR code yang terdapat pada banner bermula jam 8:00 pagi dan isi maklumat pemohon untuk dapatkan nombor tempahan. 2. Hadir ke Kaunter Nombor dan tunjuk nombor tempahan tadi. 3. Pegawai akan bagi nombor giliran berdasarkan nombor tempahan tadi. 4. Apabila nombor giliran dipanggil, anda akan dapat notification di phone. 5. Datang ke Kaunter Imigresen dan serahkan ic original serta salinan ic. Ambil cap jari kiri dan kanan. Bagi maklumat diri termasuk ukuran tinggi. Ambil gambar di kaunter. Selesai. 6. Tunggu nombor giliran yang sama untuk buat pembayaran sebanyak RM200 menggunakan kad debit/ kredit di Kaunter Bayaran . ...