Skip to main content

Emas simpanan kalis inflasi

Saya mendaftar untuk menyimpan emas pada tahun 2017 tapi mula serius menyimpan emas sekitar tahun 2019.  Tak silap saya, harga pada tahun 2017 adalah lebih kurang RM160/g. 

Pada tahun 2019, harga emas sudah melonjak kepada RM200/g. Tak percaya? Tengok gambar pembelian saya bawah ni.


Bila tengok harga dah semakin naik, terdetik sedikit rasa penyesalan. Jadi, saya pun mulalah konsisten menyimpan. Orang kata "sikit-sikit lama-lama jadi bukit".

Secara jujurnya saya juga ada rasa putus asa menyimpan emas. Yelah, emas ni ambil masa yang agak lama untuk naik harga. Ada masa saya stop kejap kemudian sambung semula. 

Dipendekkan cerita pada tahun 2024, harga dah mencecah RM400/g. Resit dibawah ni harga saya beli pada 28 November 2024. 


Pada ketika blog ini ditulis, harga meningkat lagi kepada RM580/g dan saya yakin ia akan terus meningkat dari masa ke semasa.


Jadi, buat anda diluar sana yang masih ragu-ragu dan bertangguh dalam menyimpan emas. Mulalah sekarang. Masa tidak akan kembali. Umur semakin meningkat. Komitmen pula akan semakin bertambah. Jadi, saya tinggalkan link di bawah untuk anda mendaftar secara PERCUMA. 

Setelah klik link, anda akan kenal siapa saya dan ada dua perkara yang anda boleh lakukan.

1) Terus mendaftar. Stepnya seperti dibawah.
  1. Klik link DAFTAR SEKARANG
  2. Klik Daftar Percuma 
  3. Pilih sama ada "18 Tahun & ke Atas" ataupun "Bawah 18 Tahun"
  4. Isi maklumat yang tepat dan klik butang "Proceed".
ATAU

2) Bertanya terus kepada saya untuk merungkai sebarang persoalan. Stepnya seperti dibawah.
  1. Klik link DAFTAR SEKARANG 
  2. Klik [Bantu Saya Simpan Emas]. Kita borak santai.

Saya harap sedikit perkongsian daripada pengalaman saya ini dapat menaikkan semangat dan memberi keyakinan kepada anda untuk mula dan konsisten menyimpan emas. 

Selamat menyimpan emas!









Comments

Popular posts from this blog

Cara bayar baki cukai LHDN secara online

Biasanya LHDN bayar balik kepada kita sebab ade lebihan bayaran cukai.  Tapi untuk kes ni, kita dah bayar cukai tapi masih tak cukup. Bila isi e-filing ada lagi baki cukai yang perlu dibayar. So disini saya akan kongsikan bagaimana untuk bayar secara online. 1. Pergi ke link ini. https://byrhasil.hasil.gov.my/ Terdapat 2 pilihan bayaran: i. Bayaran Melalui FPX ii.Bayaran Melalui Kad Kredit Dalam post ini kita akan guna FPX. Klik pilihan (i). Isi maklumat pengenalan dan tekan Submit button. Anda akan terus dibawa ke Maklumat Bayaran. Nama dan No. Rujukan Cukai akan terpapar secara automatik. Kod 084 = bayaran baki cukai secara lump sum. Bilangan ansuran 99 = jika buat bayaran tanpa ansuran / lump sum Kalau nak bayar secara ansuran, perlu jumpa pegawai LHDN. Mereka yang akan tentukan berapa lama kita perlu bayar. Bukan suka-suka kita nak bayar ikut ansuran sendiri. Tekan Hantar. Paparan seterusnya akan memaparkan kesemua maklumat sebelum kita buat ...

Cara transfer Petron Miles point dari kad lama kepada kad baharu.

Terdapat beberapa situasi yang memerlukan kita untuk transfer point antaranya kad lama dah expired dan tak dapat digunakan lagi. Takkan nak biar point dalam kad lama burn macam tu je. Rugilah. Jadi dibawah adalah cara untuk selamatkan point anda. 1. Pergi ke mana-mana stesen minyak Petron. 2. Tanya dekat cashier stesen minyak dorang ada tak stok kad baru. Kalau ada, minta sekali untuk isi Customer Request Form . 3. Isi semua butiran dalam borang. Pastikan anda tick petak Point Transfer dan make sure nombor kad lama dan baru diisikan dengan betul. 4. Ambil gambar borang dan emelkan kepada Petron. Alamat email petron boleh didapati didalam borang. 5. Selang beberapa hari anda akan lihat point telah berjaya dipindahkan. Nota: Kalau stesen Petron tu tiada stok kad baru, anda perlu ke stesen minyak lain untuk dapatkan kad baru bagi tujuan transfer point.

Cara Buka Akaun RHB

Membuka akaun bank tidaklah susah. Hanya beberapa steps sahaja. Didalam  post ini saya akan kongsikan cara-cara buka akaun RHB. 1. Pergi ke mana-mana cawangan bank berdekatan. 2. Isi form untuk buka akaun dan serahkan kepada pegawai bank untuk diproses. 3. Pegawai bank akan bagi sehelai kertas yang tertera nombor akaun anda. Anda perlu deposit RM100 ke dalam akaun anda menggunakan cash deposit machine. 4. Ambil nombor giliran untuk buat kad bank . Pilih menu Others ketika ambil nombor. Bawakan dokumen semasa pendaftaran dan berikan kepada pegawai dikaunter. 5. Setelah kad siap, pegawai akan minta anda set 6 digit pin number untuk kad tersebut.  6. Kemudian, anda perlu pergi lagi sekali ke mesin ATM untuk set handphone number . Pilih menu One Time Password (OTP) dan  key in nombor  phone yang betul. 6. Anda juga akan diminta untuk buat akaun online banking pada hari yang sama. Jangan risau, pegawai bank yang bertugas akan membantu anda. Siap! Nota...