Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

Polish kereta hanya RM2.10

Ya betul. Hanya RM2.10 Entah macam mane ada calar dibahagian pintu belakang kereta. Takkan nak pergi kedai polish. Calarnya sket je.  Google2 jumpelah pilihan yang paling murah. Super 8 Car Wax Boleh beli di Eco Shop. Letak pada kain bersih dan sapu sehingga kesan calar hilang. Siap.

Cara Kira Bayaran Bulanan Kereta

Bila kita nak beli kereta, salah satu perkara yang akan kita titik beratkan adalah bayaran bulanan. Disini saya akan kongsikan formula untuk mengetahui berapa bayaran bulanan berdasarkan harga kereta. Contohnya Harga kereta: RM39800 Interest: 3.4% Tempoh pinjaman: 9 tahun 1. Harga kereta x Interest RM39800 x 3.4% = rm1353.20 2. Harga interest x Tempoh pinjaman rm1353.20 x 9 tahun = rm12178.80 3. Harga kereta + Interest untuk 9 tahun 39800 + 12178.80 = rm51978.80 4. Harga kereta dengan interest / 9 tahun (bulan) 51978.80 / 108 month = rm481.29 = RM481.30/month Jadi, bayaran bulanan anda adalah RM481.30 Selamat mengira!

Mee Hiris China Muslim di Bangi

Ade banyak kedai cina muslim disekitar Lembah Klang ni. Google je macam-macam keluar.  Baru-baru ni saya dan keluarga berkesempatan ke restoran Mee Hiris China Muslim. Terletak di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Disini anda akan dapat lihat chef yang akan tarik-tarik mee tu secara live. Ada 2 jenis mee. Mee hiris dan mee tarik. Saya secara peribadi lebih suka dengan mee tarik. Mungkin kerana teksturnya yang kenyal sedikit dan rasanya yang sedap. Harga? Murah dan berpatutan. Jadi sesiapa yang nak kesini. Boleh bawa keluarga anda. Just search Mee Hiris China Muslim, Bandar Baru Bangi.