Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2026

Cara buat Pasport Malaysia Antarabangsa

Persiapan sebelum datang ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) 1. Individu pemohon 2. IC original 3. Salinan IC 4. Ukuran tinggi. (Kalau tak ingat boleh ukur tinggi di JIM) 5. Berbaju gelap. Bagi perempuan dinasihatkan juga untuk bertudung gelap  6. Datang awal Ketika di JIM 1. Scan QR code yang terdapat pada banner bermula jam 8:00 pagi dan isi maklumat pemohon untuk dapatkan nombor tempahan.  2. Hadir ke Kaunter Nombor dan tunjuk nombor tempahan tadi.  3. Pegawai akan bagi nombor giliran berdasarkan nombor tempahan tadi. 4. Apabila nombor giliran dipanggil, anda akan dapat notification di phone. 5. Datang ke Kaunter Imigresen dan serahkan ic original serta salinan ic. Ambil cap jari kiri dan kanan. Bagi maklumat diri termasuk ukuran tinggi. Ambil gambar di kaunter. Selesai. 6. Tunggu nombor giliran yang sama untuk buat pembayaran sebanyak RM200 menggunakan kad debit/ kredit di Kaunter Bayaran . ...