Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2025

Emas simpanan kalis inflasi

Saya mendaftar untuk menyimpan emas pada tahun 2017 tapi mula serius menyimpan emas sekitar tahun 2019.  Tak silap saya, harga pada tahun 2017 adalah lebih kurang RM160/g.  Pada tahun 2019, harga emas sudah melonjak kepada RM200/g. Tak percaya? Tengok gambar pembelian saya bawah ni. Bila tengok harga dah semakin naik, terdetik sedikit rasa penyesalan. Jadi, saya pun mulalah konsisten menyimpan. Orang kata "sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Secara jujurnya saya juga ada rasa putus asa menyimpan emas. Yelah, emas ni ambil masa yang agak lama untuk naik harga. Ada masa saya stop kejap kemudian sambung semula.  Dipendekkan cerita pada tahun 2024, harga dah mencecah RM400/g. Resit dibawah ni harga saya beli pada 28 November 2024.  Pada ketika blog ini ditulis, harga meningkat lagi kepada RM580/g dan saya yakin ia akan terus meningkat dari masa ke semasa. Jadi, buat anda diluar sana yang masih ragu-ragu dan bertangguh dalam menyimpan emas. Mulalah sekarang. Masa tidak aka...