Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2024

Lalamove: Cara pantas menjana side income

Lalamove merupakan satu platform yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan sampingan secara pantas. Hanya perlukan sekurang-kurangnya sebuah motorsikal, anda sudah boleh mendaftar dengan Lalamove untuk menjadi rider penghantar barangan. Bagi rider , anda perlu mengeluarkan modal sebanyak RM78 ketika pendaftaran. RM5 adalah untuk security deposit dan RM73 bagi mendapatkan beg Lalamove.  Kelebihan Lalamove adalah anda boleh memilih job yang anda inginkan. Namun harus diingat bahawa anda perlu pantas untuk mendapatkan job tersebut sebelum disambar oleh orang lain.  Secara purata boleh dikatakan anda akan memperoleh 78% daripada sesuatu job . Sebagai contoh, jika job tersebut bernilai RM20, anda akan mendapat RM15.60 dan selebihnya akan diambil Lalamove.  Anda boleh transfer duit didalam wallet Lalamove terus ke bank akaun anda. Duit tersebut akan masuk ke akaun anda pada setiap hari Isnin dan Khamis jam 10:00 m